INTERVIEW WIF NUKE PWC OAC

alphabet by nuke

Rata-rata writer sudah pun mengenali otai style writer Malaysia iaitu NUKE  dari krew PWC OAC..aku tertarik untuk menginterview dia bukan sbb dia homeboys aku atau pun satu krew…aku interview dia sbb tertarik dengan gaya letternya…komposisi, reka letak, propotion letter nya buat aku tertarik…bagi aku amat lah perfect..dia bagi aku sama hangat seperti nenok…so aku interview ni sbb nak curi-curi tips camne nak develop letter….hahaha..so akhirnya dia tertipu dan menjawap soalan-soalan aku yang seakan mengorek rahsia dalam senyap…jadi mari kita susuli interview yang berdasarkan gmail ini…

nuke

SUP bro…SALAMUALAIKUM….so boleh intro sikit about kau….dari mana kau datang….umur kau brapa…mana kau duk skarang…nampak macam anak rantauan je…???

W’salam, im great as always bro and hello kepada semua. Yessir aku memang hustlin’ di negeri orang. Sebelum tu, Nuke adalah tag name aku, as known as Desyr.. Pertengahan 20’an dan berasal dari Johor. Representin 01 State

Dah brapa lama kau into this game eh???And macamana kau start??And apa style kau…

Secara official, 2008 adalah tarikh aku mula git siriuz with graff letter bisniz bro. 2002-2007 adalah period aku mencari hala tuju graff. Sesiapa handal math boleh tolong kira 😛

 

acit by NUKE

Apa yang kau buat before sketch…untuk mendpatkan ilham utk sketch….

Well, boleh dikatakan for now, masa untuk aku sketch agak random. Ilham pun random, bila otak dan tangan aku bersetuju untuk sketch barulah kami bertiga ke gelanggang pen & pad aku.

Okies…rata2 tau kau orang kuat pw…tapi pwc tu apa???

Whats good PWC! Soalan ini menarik. Secara ikhlas, PW tiada beza dengan PWC. Kami adalah sekumpulan graff writers yang ditakdirkan untuk bertemu dan memperjuangkan graff bersama, tetapi mengikut direction masing-masing. Nak diibaratkan, PW is darah, PWC is jiwa/soul. Dan aku sayang keduanya.

 

NUKE shah alam tunnel

Boleh aku tau apa misi kau dgan pw….and apa misi solo kau???Macam slalu orang cakap buat nama…semua orang nak buat nama…betul???Tapi selain dari buat nama apa misi kau dalam graff ni???

Sebelum nak berbicara tentang misi, aku suka hendak menyatakan bahawa aku lebih menitik beratkan matlamat aku. Matlamat aku adalah untuk menguasai ilmu letters (dalam period yang aku dah tetapkan), matlamat PW juga sama, kami semua sama. Ditemukan oleh minat yang sama cuma mencari hasil yang berbeza.

Puas dengan matlamat ni, barulah aku kongsi apakah misi solo dan misi PW/PWC. Setiap pergerakan pasti ada sebabnya kan.

Rata-rata writer skarang banyak je projek…tapi ko macam tak bnyak projek je…kau tak minat ke…atau diam-diam ubi berisi….jenis ada project tapi low key???And penting ke projek utk perjalanan graffiti kau???

Well bro, nak cerita tentang projek ni skop dia agak luas. Aku sekarang agak sibuk dengan kerja 9-5 aku, kerja yang aku minat juga selain dari write graff. Bergantung kepada rezeki tuhan nak kasi, priority aku sekarang lebih kepada pembelajaran graff dulu.

 

NUKE on 2008

Apa perjuangan kau dalam graffiti…apa yang kau juangkan untuk orang awam…adakah kau sampaikan msg dalam piece kau…atau ada bende tersirat kau nak sampaikan dekat orang awam tentang graff??

Yang dah diketahui dan baru nak tahu, aku memilih Graffiti Letter/Style Writing sebagai subject matter aku, kerana ianya tak pernah menjemukan aku. Ada-ada je teori dan style yang muncul setiap hari. Aku tak memasukkan apa-apa elemen tersirat dalam piece aku, Cuma ilmu style writing sahaja, Bergantung kepada orang awam samada nak appreciate ataupun tidak, graff letters ada crowd yang tersendiri. I love this community

Ada tak kau rasa perjuangan kau ni di tentang…atau orang tak suka….if ada apa solution dia bro???

Setakat ni, banyak feedback positive yang aku terima dalam perjalanan aku. Kita memang tau perspektif manusia ni berbeza-beza, so pandangan baik dan buruk, support dan tentangan tu memang lumrah la bro. Macamana kita solve our problem in our real life, macam tu juga aku solve masalah graff aku. Solution aku biasanya adalah berfikir dulu sebelum membuat sebarang tindakan

NUKE at Shah Alam seksyen 20

Semasa kau berjuang ni kan….berjuang ke paint ke…apala…apa yang paling kau ingat skali…macam kenangan terindah painting la…..dan kenangan terburuk???

Setiap piece aku ada kenangan tersendiri. Situasi, suasana, partners, matlamat dan sebagainya. Setakat ni takde yang terburuk lagi, semuanya Ok. Yang terindah, aku masih lagi bernafas hari ini dan aku still boleh write mengikut keselesaan akuJ

Aku nampak kau skarang develop letter terbaik giler…macamana kau dpat idea develop letter kau????Ada tips atau idea-idea utk di share kan untuk writer-writer di luar, n utk writer-writer yang baru nak berkecimpung???

Rujukan aku bukan datang dari internet, buku, pengaruh PWC dan media. Ok maaf aku tipu je :P. Apa yang aku lakukan adalah, aku sempurnakan dulu basic knowledge aku tentang graff letters. Cari direction, cari kelebihan, pandang kelemahan dan terus berusaha. Yang penting, aku cinta apa yg aku buat. Korang pun patut cintai apa yg korang buat, cool?

MF NUKE

So any last word utk mengakhiri interview ni????Any shout out???To hater or lover????

Shouts to PWC, OAC, Partners and Lovers. Oh tak lupa kepada Utara Homebois, Selatan Homebois dan Central Homebois. Korang tau sapa korang right ? Git riggidy for 2011 yall. Peace!

Hmmmm…aku sudahi interview ni dgan assalamualaikum…dan terima kasih sbb sudi menjawap soalan yang tak karuan sangat ni….semoga berjaya dalam apa yang kau juangkan…dan mintak maaf kalau tesalah eja..tersalah tanya…

Wsalam, No prob bro. Tq for your time. Peace!

SILA LEWATI WORDPRESS NUKE DI www.nukepw.wordpress.com

Advertisements

3 thoughts on “INTERVIEW WIF NUKE PWC OAC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s